THE 3rd
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ADVANCED MATERIALS ENGINEERING & TECHNOLOGY
(ICAMET 2014)
DAN
GREEN TECHNOLOGY RESEARCH
EXPOSITION (GTReX 2014)
4-5 DICEMBER 2014
DUXTON HOTEL HO CHI MINH CITY, VIETNAM
Pasukan Al Fateh Inventors
terus mencipta kecemerlangan semasa menyertai GTReX 2014 (GREEN TECHNOLOGY
RESEARCH EXPOSITION) yang diadakan di DUXTON HOTEL HO CHI MINH CITY, VIETNAM pada
4-5 Disember 2014 sempena THE 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON
ADVANCED MATERIAL ENGINEERING & TECHNOLOGY (ICAMET 2014). Pasukan ini
diketuai oleh CG Hjh Saripah binti Embong dan dianggotai oleh Muhammad
Zulsyahmie bin Mohd Zaki, Wan Mohd Faiz bin Wan Mohd Fadlah dan Sh. Huda Sofiya
binti Tuan Zawi. Kajian yang dipertandingkan bertajuk “The Potential Product From
Pandanus amaryllifolius Roxb.”
“The International Conference on
Advanced Material Engineering & Technology” adalah forum utama untuk persembahan
hasil-hasil penyelidikan dan penemuan baru dalam bidang ini. Persidangan ini akan menghimpunkan para
penyelidik, jurutera dan saintis yang telah mencapai kejayaan dalam
pertandingan sebelum ini dalam kategori yang sama dari seluruh dunia. GTRex
2014 pula adalah kali pertama diadakan sempena berlangsungnya ICAMET kali ke 3
ini di Vietnam.
Pasukan Al Fateh Inventors dijemput menyertai GTReX
hasil dari rentetan kejayaan yang telah dicapai sebelum ini iaitu:
i)
‘Gold Prize’ beserta sijil, menduduki ranking
pertama dari 92 pasukan dalam senarai
kategori High School dan dianugerahkan
Anugerah Khas iaitu “EYRec Green
Technology Award” satu plaque dan wang
Tunai sebanyak RM500.00 pada i-ENVEX
( International Engineering Invention &
Innovation Exhibition) 2014 di UNIMAP Perlis.
ii)
Seterusnya, pasukan ini juga telah dijemput
menyertai pertandingan IYIC International
Youth Invention Contest 2014 (Pertandingan Rekacipta Muda Antarabangsa 2014” ) Di
Seoul, Korea pada 6-11 Ogos 2014 dan telah mencapai pingat “Gold Prize” (Rank
ke 5 dari 116 penyertaan) dari KUIA dan
pingat “Honor of Invention” dari WIIPA ( World Invention Intellectual Property
Associations).
Sebagai
penutup tahun ini pasukan Al Fateh Inventors sekali lagi mencapai Rank 1 untuk
Gold Medal Award dan Special Award GTReX
2014 pada Green Technology Research Exposition (GTReX 2014)
pada 4-5 Disember 2014 di Ho Chi Minh Vietnam. Terima kasih kepada semua
yang membantu dan memberi sokongan terutama pada ahli pasukan yang tidak dapat
menyertai pasukan kali ini iaitu saudari Alya Farhana Mohd Rasid dan Nur Ain
Hazirah Mohd Nasir yangmembantu guru menyediakan dokumentasi dan produk
P’Amary.