Friday 3 August 2012


          Mari Bersama  Cikgu Mengulangkaji Langkah/ Proses Kerja.


 (Jika ingin menghantar langkah/proses yang anda catat sila hantar ke email cg :  saripah_e@yahoo.com,  terima kasih,  cikgu akan paparkan nama anda diruangan ini, cg doakan anda mendapat A dalam KHB.

Mulakan dengan Topik  OBK (Organisasi Bengkel dan Keselamatan) ya!

1. Langkah mengendalikan alat pemadam api.
  • Keluarkan pin picu dan pegang alat pemadam api secara menegak.
  • Halakan muncung pemancut ke dasar api.
  • Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disemburkan.
Topik RBPP( Reka Bentuk dan Penghasilan Projek)

1. Langkah menyapu syelek.
  • Pastikan permukaan projek licin dan bersih daripada habuk.
  • Sapu permukaan projek dengan syelek mengikut ira kayu. Biarkan syelek kering.
  • Gosok dengan kertas las halus secara perlahan.
  • Sapu lapisan syelek kedua.
  • Bersihkan berus.
2. Proses Reka Bentuk Projek.
    i) Pernyataan masalah atau keperluan
  •         Mengenal pasti masalah atau keperluan
  •         Cadangan reka bentuk
  •         Mengumpul maklumat dan data
  •         Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas
    ii) Perancangan, pembinaan, dan pengubahsuaian projek
  •       Menyediakan jadual kerja
  •       Menyenaraikan bahan dan alatan tangan
  •       Membuat projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
  •       Menguji dan menilai produk
  •       Mengubahsuai projek
    iii) Pendokumentasian
  •        Mengira kos projek
  •        Membuat persembahan projek
Topik Kerja Paip (KP)

1. Penyenggaraan Kedap (cara pertama)
  •     Letakkan baldi di bawah perangkap yang tersumbat.
  •     Longgarkan plag buangan dengan sepana boleh laras.
  •     Tanggalkan plag buangan.  Sisa kotoran akan keluar melalui lubang buangan perangkap.
  •     Gunakan dawai kasar untuk mengeluarkan endapan yang terdapat di dalam perangkap.
  •     Pasangkan plag buangan semula setelah selesai kerja pembersihan.
Topik Jahitan (J)

1. Memasang jarum pada mesin jahit
  • Longgarkan skru pemegang jarum
  • Pegang bahagian rata jarum menghadap skru
  • Letakkan jarum di skru. Ketatkan skru pemegang jarum
  • Pusingkan roda imbang menghala ke arah kamu untuk menurunkan jarum
2. Memasang benang pada bahagian bawah mesin jahit.
i) Mesin jahit model lama
  • Masukkan gelendung ke dalam sekoci
  • Tarik benang melalui alur sekoci mengikut arah lawan jam
  • Masukkan sekoci ke dalam kes di bahagian bawah mesin dan lepaskan pengunci sekoci.

ii) Mesin jahit model baru
  • Masukkan gelendung ke dalam kesnya.
  • Turunkan jarum mesin.
  • Tarik keluar benang gelendung dengan menggunakan benang jarum.
3. Membawa benang bawah ke atas mesin jahit
  • Pegang benang pada jarum dengan tangan kiri.  Turunkan jarum ke dalam lubang gigi penolak.
  • Naikkan jarum dan tarik hujung benang  perlahan-lahan serta bawa keluar gelung benang daripada gelendung.
  • Tarik gelung benang itu keluar melalui permukaan mesin jahit dengan jari.
  • Letakkan kedua-dua benang ke bawah dan tarik ke belakang penekan jahitan.

4. Langkah menyediakan artikel mudah:
  • Sediakan pola asas artikel mudah.
  • Sediakan fabrik mengikut saiz pola.
  • Susun pola pada fabrik dan sematkan dengan jarum peniti.  Gunting pola dan tandakan garisan pemadan.
  • Jahit artikel dengan jahitan mesin.
  • Hias artikel dengan jahitan insang pari, suji bilang, silang pangkah, renda dan kun.
Topik Tanaman Hiasan (TH)

1. Menyediakan medium semaian:
  • Sediakan bahan untuk campuran medium semaian.
  • Tapis medium secara berasingan.
  • Sukat medium semaian mengikut isipadu 2:1:1 dengan baldi.
  • Longgokkan medium yang telah disukat.
  • Gaulkan medium sehingga rata.
  • Masukkan medium ke dalam kotak semaian.
  • Ratakan permukaan medium.

2. Menyediakan medium penanaman:
  • Sediakan ketiga-tiga campuran medium penanaman.
  • Tapis ketiga-tiga campuran medium dengan menggunakan penapis secara berasingan.
  • Sukat bahan medium mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1 dengan menggunakan baldi.
  • Gaulkan bahan itu supaya sebati.
  • Masukkan medium penanaman ke dalam beg politena.
  • Siram medium sehingga lembap.





No comments:

Post a Comment