Thursday 18 December 2014

INOVASI DAN REKACIPTA OLEH CIKGU SELAMA INI CONTOH SEBENAR UNTUK TAJUK REKACIPTA TG 3

POST HARI INI CG PAPARKAN DAHULU LENSA KEJAYAAN YG TELAH DICAPAI .(Post selepas ini CG akan mengulas bagaimana proses Rekacipta seperti dihuraikan dalam buku teks KHB Ting 3.

1. i-ENVEX  2014 (International Engineering Invention & Innovation Exhibition)
Pencapaian:i) Gold Prize ranking 1 dari 82 buah High School (Malaysia & Antarabangsa)
                   ii) EYReC Green Technology Award (1 drpd 7 anugerah utama)
                   iii) Cek RM500.00


Friday 24 October 2014

Dari PMR ke PT3

Salam sejahtera semua murid....

Baru kini berkesempatan menambah bahan dalam blog ini.  Dari awal tahun terlalu padat masa terisi dengan berbagai kertas kerja  seperti penambahbaikan lanskap KHB , Taman KHB , projek fertigasi, ubah suai bilik persediaan guru , penambahan aircond , penyelenggaraan, pembelian alatan dan bahan projek kerja kayu elektronik, dll (dokumentasi stok tak sempat dikemaskini kerana sudah tiada pembantu bengkel) dan projek inovasi yang amat mencabar minda, kesihatan, wang dan tenaga namun berupaya menghasilkan out put yang memberansangkan ( pencapaian cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.... masih tak percaya...namun kurniaan Allah amat disyukuri..)
Walau tiada anugerah dari sekolah dan pihak dalam negeri tak apa..Anugerah ALLAH lebih bernilai... dah dapat bawa anak murid ke luar negara, dapat pengiktirafan pihak cerdik pandai dari luar ...WIIPA ....dah bagus tu.

PMR telah berubah ke PT3

Perubahan yang amat ketara dari segi bentuk soalan dari objektif kepada pilihan, struktur, ..lewat jugak didedahkan bentuk baru ke murid-murid. Oti 1 ramai murid yang terkedu lihat soalan , hasilnya result KHB ketiga-tiga pilihan jatuh ke rank terakhir antara semua subjek.  Namun dengan usaha yang berterusan Alhamdulillah ranking berubah pada peperiksaan percubaan menjadi  ke 3 terbaik. Masa untuk bersama murid amat terbatas dengan projek inovasi kertas kerja dan laporan-laporan. Tak sempat buat kelas selepas subuh pada tahun ini. Kalau dah balik asyik maghrib dan kadangkala lewat malam takkanlah nak datang selepas subuh pula. Kita bukan mesin...lagipun kesihatan kena jaga, dah ditarik sedikit nikmat sihat... Alhamdulillah ... mungkin sebagai peringatan..

JAHITAN ASAS