Friday 23 January 2015

KOLEKSI PRODUK REKACIPTA DI PASARAN

LATIHAN KERJA RUMAH

Dengan berbantukan gambar-gambar ini Umi harap agar dapat dijadikan rujukan untuk menyediakan dokumentasi "Kelebihan dan Kekurangan Produk Di Pasaran".

Bekas Memo dan Alat Tulis

Multi Purpose Case

Bekas Memo Impiana

Bakul Alat Tulis  Doraemon

Rak Hiasan Ku

Rak Ku Putih

Rak Pelbagai Guna Excellent

Rak Surat

Rak Dinding Pelbagai Fungsi

Aneka Bekas Comel

Sunday 11 January 2015

REKACIPTA (MODUL KHB TINGKATAN 3)



Bekas Memo dan Alat Tulis

Bekas Serbaguna Al Fateh

Rak Doraemon

Rak Kasih Sayang

Tempat Nota dan Memo

Bingkai Kasih

Rak Serbaguna Impiana

Tempat Letak Surat Excellent

Rak Pelbagai Fungsi

Rak Hiasan

Pelbagai Bekas









Wednesday 7 January 2015

KEJAYAAN DI VIETNAM- ICAMET & GTREX 2014



THE 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON ADVANCED MATERIALS ENGINEERING & TECHNOLOGY (ICAMET 2014)

DAN

GREEN TECHNOLOGY RESEARCH EXPOSITION (GTReX 2014)

4-5 DICEMBER 2014

DUXTON HOTEL HO CHI MINH CITY, VIETNAM



Pasukan Al Fateh Inventors terus mencipta kecemerlangan semasa menyertai GTReX 2014 (GREEN TECHNOLOGY RESEARCH EXPOSITION) yang diadakan di DUXTON HOTEL HO CHI MINH CITY, VIETNAM pada 4-5 Disember 2014 sempena THE 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON ADVANCED MATERIAL ENGINEERING & TECHNOLOGY (ICAMET 2014). Pasukan ini diketuai oleh CG Hjh Saripah binti Embong dan dianggotai oleh Muhammad Zulsyahmie bin Mohd Zaki, Wan Mohd Faiz bin Wan Mohd Fadlah dan Sh. Huda Sofiya binti Tuan Zawi. Kajian yang dipertandingkan bertajuk “The Potential Product From Pandanus amaryllifolius Roxb.”

“The International Conference on Advanced Material Engineering & Technology” adalah forum utama untuk persembahan hasil-hasil penyelidikan dan penemuan baru dalam bidang ini.  Persidangan ini akan menghimpunkan para penyelidik, jurutera dan saintis yang telah mencapai kejayaan dalam pertandingan sebelum ini dalam kategori yang sama dari seluruh dunia. GTRex 2014 pula adalah kali pertama diadakan sempena berlangsungnya ICAMET kali ke 3 ini di Vietnam.

Pasukan Al Fateh Inventors dijemput menyertai GTReX hasil dari rentetan kejayaan yang telah dicapai sebelum ini iaitu:

i)                  ‘Gold Prize’ beserta sijil, menduduki ranking pertama dari 92 pasukan  dalam senarai kategori High School dan  dianugerahkan  Anugerah Khas iaitu  “EYRec Green Technology Award” satu  plaque dan wang Tunai sebanyak RM500.00 pada i-ENVEX

( International Engineering Invention & Innovation Exhibition) 2014 di UNIMAP Perlis.

ii)                Seterusnya, pasukan ini juga telah dijemput menyertai pertandingan IYIC International Youth Invention Contest 2014 (Pertandingan Rekacipta Muda Antarabangsa 2014” ) Di Seoul, Korea pada 6-11 Ogos 2014 dan telah mencapai pingat “Gold Prize” (Rank ke 5 dari 116 penyertaan) dari KUIA  dan pingat “Honor of Invention” dari WIIPA ( World Invention Intellectual Property Associations).

Sebagai penutup tahun ini pasukan Al Fateh Inventors sekali lagi mencapai Rank 1 untuk Gold Medal Award  dan Special Award GTReX 2014 pada Green Technology Research Exposition (GTReX  2014)  pada 4-5 Disember 2014 di Ho Chi Minh Vietnam. Terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi sokongan terutama pada ahli pasukan yang tidak dapat menyertai pasukan kali ini iaitu saudari Alya Farhana Mohd Rasid dan Nur Ain Hazirah Mohd Nasir yangmembantu guru menyediakan dokumentasi dan produk P’Amary. 







REKACIPTA (INVENTION) & INOVASI (INNOVATION)

KEJAYAAN DI IYIC  (INTERNATIONAL YOUTH INVENTION CONTEST) 2014KOREA dipaparkan dalam blog Votekimtiaz.KT