Monday, 22 October 2012

Berbahagialah Menjadi Diri Sendiri

Sesungguhnya pandangan manusia terhadap kita itu penting, tetapi memuaskan pandangan mereka semuanya adalah satu tindakan yang "gila'.

Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan hati semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia ialah matlamat yang mustahil dicapai.

Nabi memujuk; " Seorang Mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan serta kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada Mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." (Riwayatnya al-Bukhari , al-Tirmizi dan Ahmad).

Ya Allah, kami mengadu kepadaMU dengan sikap manusia yang selalu tergesa-gesa menghukum.  Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama.  Biarlah kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.

Jika kita salah, kita perlu bersedia membetulkan diri.  Jika kita tidak bersalah, kenapa kita perlu menyeksa diri untuk cuba memuaskan hati mereka?

Jika kita mereka ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah.  Sedih itu fitrah, tetapi usah bersedih-sedih.  Di akhirat nanti, mungkin kita memerlukan mereka untuk memikul dosa kita.  Kita juga boleh mengikis pahala mereka.  Indah bukan?
  (Fatimah Syarha-Solusi Isu 47 2012)

Terima kasih kepada saudari pengarang atas susunan bahasa yang begitu indah yang mampu membasuh jiwa ini agar sentiasa redha dan bertaqwa kepada Allah.  Sememangya Allah menguji seseorang manusia itu mengikut kadar yang mampu ditanggung olehnya.

Saturday, 11 August 2012

LANGKAH/PROSES DALAM SUBJEK KHB SUMBANGAN ANAK SOLEH PINTAR


Langkah-langkah menyediakan bater

1.  Ayakkan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan

2.  Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan ½ daripada cecair dan masukkan telur.

3.  Kacau adunan dengan perlahan-lahan hingga sebati.

4.  Tambahkan baki cecair jika perlu.

5.  Kacau adunan lagi dan biarkan bater selama ½ jam sebelum digunakan.

INFO BONUS....
Bater dibiarkan selama ½ jam supaya kembang daan senang dimasak.

                 Contoh Resipi Bater Cair

·        Kuih ketayap


 



Langkah 1 : Sediakan bater

1.     Ayakkan tepung gandum dan garam ke dakam mangkuk adunan.

2.     Buat lubang di tengah-tengah tepung.

3.     Masukkan telur dan ½ daripada cecair.

4.     Bancuh campuran sehingga menjadi konsistensi yang rata.

5.     Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau daan oukul bater selama 10 minit.

6.     Campurkan baki cecair itu dan kacau hingga sebati.

7.     Tuangkan bater ke daalam jag penyukat dan biarkan setengah jamebelum dimasak.

 

Langkah 2: Sediakan inti

1.     Cairkan gula melaka dan gula ke dalam air

2.     Masukkan kelapa ,daun pandan yang telah disimpul serta garam dan masak selama bebeerapa minit.

3.     Campurkan tepung kanji yang telah dibancuh apabila adunan hampir kering.

4.     Angkat dan sejukkan.


Sumbangan Khairunnisa 3IK Terima kasih.


Merawat kecederaan ringan


1) bersihkan luka dengan antiseptik

2) sapukan iodin pada luka

3) balutkan luka dengan kain kasa atau plaster


Terima kasih kepada sheera mimie


Friday, 3 August 2012


          Mari Bersama  Cikgu Mengulangkaji Langkah/ Proses Kerja.


 (Jika ingin menghantar langkah/proses yang anda catat sila hantar ke email cg :  saripah_e@yahoo.com,  terima kasih,  cikgu akan paparkan nama anda diruangan ini, cg doakan anda mendapat A dalam KHB.

Mulakan dengan Topik  OBK (Organisasi Bengkel dan Keselamatan) ya!

1. Langkah mengendalikan alat pemadam api.
  • Keluarkan pin picu dan pegang alat pemadam api secara menegak.
  • Halakan muncung pemancut ke dasar api.
  • Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disemburkan.
Topik RBPP( Reka Bentuk dan Penghasilan Projek)

1. Langkah menyapu syelek.
  • Pastikan permukaan projek licin dan bersih daripada habuk.
  • Sapu permukaan projek dengan syelek mengikut ira kayu. Biarkan syelek kering.
  • Gosok dengan kertas las halus secara perlahan.
  • Sapu lapisan syelek kedua.
  • Bersihkan berus.
2. Proses Reka Bentuk Projek.
    i) Pernyataan masalah atau keperluan
  •         Mengenal pasti masalah atau keperluan
  •         Cadangan reka bentuk
  •         Mengumpul maklumat dan data
  •         Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas
    ii) Perancangan, pembinaan, dan pengubahsuaian projek
  •       Menyediakan jadual kerja
  •       Menyenaraikan bahan dan alatan tangan
  •       Membuat projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
  •       Menguji dan menilai produk
  •       Mengubahsuai projek
    iii) Pendokumentasian
  •        Mengira kos projek
  •        Membuat persembahan projek
Topik Kerja Paip (KP)

1. Penyenggaraan Kedap (cara pertama)
  •     Letakkan baldi di bawah perangkap yang tersumbat.
  •     Longgarkan plag buangan dengan sepana boleh laras.
  •     Tanggalkan plag buangan.  Sisa kotoran akan keluar melalui lubang buangan perangkap.
  •     Gunakan dawai kasar untuk mengeluarkan endapan yang terdapat di dalam perangkap.
  •     Pasangkan plag buangan semula setelah selesai kerja pembersihan.
Topik Jahitan (J)

1. Memasang jarum pada mesin jahit
  • Longgarkan skru pemegang jarum
  • Pegang bahagian rata jarum menghadap skru
  • Letakkan jarum di skru. Ketatkan skru pemegang jarum
  • Pusingkan roda imbang menghala ke arah kamu untuk menurunkan jarum
2. Memasang benang pada bahagian bawah mesin jahit.
i) Mesin jahit model lama
  • Masukkan gelendung ke dalam sekoci
  • Tarik benang melalui alur sekoci mengikut arah lawan jam
  • Masukkan sekoci ke dalam kes di bahagian bawah mesin dan lepaskan pengunci sekoci.

ii) Mesin jahit model baru
  • Masukkan gelendung ke dalam kesnya.
  • Turunkan jarum mesin.
  • Tarik keluar benang gelendung dengan menggunakan benang jarum.
3. Membawa benang bawah ke atas mesin jahit
  • Pegang benang pada jarum dengan tangan kiri.  Turunkan jarum ke dalam lubang gigi penolak.
  • Naikkan jarum dan tarik hujung benang  perlahan-lahan serta bawa keluar gelung benang daripada gelendung.
  • Tarik gelung benang itu keluar melalui permukaan mesin jahit dengan jari.
  • Letakkan kedua-dua benang ke bawah dan tarik ke belakang penekan jahitan.

4. Langkah menyediakan artikel mudah:
  • Sediakan pola asas artikel mudah.
  • Sediakan fabrik mengikut saiz pola.
  • Susun pola pada fabrik dan sematkan dengan jarum peniti.  Gunting pola dan tandakan garisan pemadan.
  • Jahit artikel dengan jahitan mesin.
  • Hias artikel dengan jahitan insang pari, suji bilang, silang pangkah, renda dan kun.
Topik Tanaman Hiasan (TH)

1. Menyediakan medium semaian:
  • Sediakan bahan untuk campuran medium semaian.
  • Tapis medium secara berasingan.
  • Sukat medium semaian mengikut isipadu 2:1:1 dengan baldi.
  • Longgokkan medium yang telah disukat.
  • Gaulkan medium sehingga rata.
  • Masukkan medium ke dalam kotak semaian.
  • Ratakan permukaan medium.

2. Menyediakan medium penanaman:
  • Sediakan ketiga-tiga campuran medium penanaman.
  • Tapis ketiga-tiga campuran medium dengan menggunakan penapis secara berasingan.
  • Sukat bahan medium mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1 dengan menggunakan baldi.
  • Gaulkan bahan itu supaya sebati.
  • Masukkan medium penanaman ke dalam beg politena.
  • Siram medium sehingga lembap.





Thursday, 12 January 2012

Lanskap Mini ImtiazKT


Lanskap Mini ImtiazKT

Terdapat banyak lanskap mini dibina untuk menceriakan kawasan sekolah  dengan bantuan guru Cg Mokhtar, Ustaz A'daya, kakitangan sekolah antaranya Encik Zaidi, Encik Ramli, Encik Saidi , pekerja swasta, Ani, Na, Ti, Yah, awang, Pok Mat, jaga Pok Ya, Man, Fahmi, Di, Pok Mat, dan anak-anak pelajar bermula dari tahun 2006.  Aktiviti membina, menjaga, menghias dan menambahbaik  dilakukan pada masa lapang seperti waktu riadah dan pada hujung minggu bahkan hingga jam 1.00 tengah malam lebih-lebih lagi sebagai persediaan penilaian Baiah, Kluster dan SBT. Terima kasih kepada semua pihak terutama pihak sekolah yang telah memberi sokongan dan peruntukan. 

Lensa Hasil Kreativiti oleh saya.

                                                          Kolam Takungan Ilmu
                                                                   Laluan Alfa
                                                                            Laluan Beta
                                                       Taman Edible

Destinasi Menaburkan Khidmat

       Memulakan khidmat sebagai guru di sekolah Menengah Agama Khairiah dari tahun 1983 hingga 1991, berpindah ke Sekolah Menengah Agama Marang dari 1991 hingga 1997 dan terpilih dalam kalangan 24 orang guru perintis ke Kolej Sains Pendidikan Islam (KOSPINT) pada 1 Jun 1997 hingga sekarang , sekolah terkini kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu.  Memikul tanggungjawab utama sebagai Warden Aspuri yang pertama (satu-satunya warden aspuri ketika itu) , Setiausaha Unit Makmal Komputer, Penasihat Kelab Komputer dan Penyelaras Bengkel Kemahiran Hidup dan Jurulatih Ping Pong.



        Sesungguhnya, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana pada awal perkhidmatan di KOSPINT, diri ini mendapat kerjasama dan sokongan dari pentadbir, murid dan seluruh warga kolej, menjadikan segala beban tugas dapat dilaksanakan sebaiknya.